Monday, 16 December 2013
Friday, 25 October 2013
Percaya.. atau?
Dah lama tak update blog. Sebab busy. Dah akhir tahun kan, berperang dengan otak nak study untuk final exam. So here i am, kembali beraksi meluahkan kata kata yang tersimpan dalam hati. Bismillah.
Percaya boleh, tapi jangan terlalu bodoh sangat sampai kita tak nampak kebenaran sebenar. Sebelum kau nak ambik tindakan melalui mulut orang lain, kau siasat sorang dulu. Ni tak pasal pasal dah melulu buat keputusan, malu sendiri. Aku tahu, bagi kau diaorang lah segalanya, diaorang ikhlas & tersangatlah jujur depan kau. Tapi adakah itu bermakna dia tak pernah tipu? Kau rasa macam tu? Bukan aku nak kata takada lagi dah manusia yang jujur dekat dunia ni. Tapi tersangatlah susah nak cari orang macam tu. Aku kenal diaorang sebelum kau kenal. Jadi aku tahu macam mana diaorang tu. Aku tahu korang ni rapat sangat. Kalau rapat pun, kau rasa dia jujur ke dengan kau? Bagi aku tak, sebab kadang kadang kawan kawan rapat pun tipu kita. Tipu tu ada 2, tipu untuk kebaikan; lebih baik tipu dari dia tahu benda sebenar kalau dia tahu lain jadinya. Kedua, tipu yang buruk; tahukan tipu buruk ni macam mana? Memang bawak masalah & bala dekat orang yang terlibat tu atau tidak terlibat. Setakat ni faham lah kan? Dapat tak apa yang aku cuba nak sampai kan?
Bukan aku nak halang kau dari berkawan dengan sesiapa. Cuma, jangan bodoh sampai buta. Buta apa yang sepatutnya yang kita nampak. Kau dah terlalu sangat percaya dengan diaorang, dan kau pun dah percaya bulat bulat setiap perkataan yang keluar dari mulut. Aku tahu, kau dapat & cukup segalanya apa yang kau ada sekarang. Kau ada apa yang orang lain takada. Kecantikan, kasih sayang family & kawan kawan. Bersyukurlah sebelum Allah tarik nikmat kau macam tu je. Dengan sekelip mata je. Jadi apa lagi masalah kau nak musnahkan orang lain punya kegembiraan? Tak cukup lagi dengan kasih sayang yang kau ada? Mungkin kau tak nampak lagi. Sebab kau selalu pandang ikut pandangan kau, kau berfikir dalam otak yang sempit. Kau tak pernah nak tengok seseorang dari pandangan orang lain, dan kau tak fikir luar dari kotak. Otak/Hati kau kata negatif, kau pun sama sama bangang ikut semua benda tu. Bukan aku nak suruh jangan percaya kata hati kau. Tapi apa salahnya kalau kau selidik dan cuba dekati dia? Tak susah pun kan? Jangan nak cepat sangat percaya walaupun dari orang terdekat.
Kau tak pernah terfikir apa yang orang lain buat untuk kau, pengorbanan untuk kau. Kau buta. Yang kau tahu, kau terus percaya bulat bulat apa orang kata. Orang hormat kau, tersangatlah hormat. Jadi apa salahnya kau hargai benda tu? Walaupun tak suka dia, tak payahlah nak kutuk, bagitahu semua orang. At least, kau tak burukkan dia itu dah cukup bagus. Itu pun dah dikata kau hormat dia balik. Please, kau rasa kau dah ada semua benda tu tak boleh hilang ke? Sekarang aku menderita, kelak mungkin kau. Hidup bagaikan roda. Kau rasa kau akan ada dekat atas sepanjang hayat kau? Tak jugak. Aku hormat, aku jaga aib kau, aku simpan segala cerita kau. Susah ke nak jaga mulut tu dari burukkan orang? Kalau cukup berani kau burukkan dia, kenapa tak cukup berani bagitahu depan depan kau benci dia. Itu lagi gentle, afdhal lagi. Kalau lah, ada orang datang dekat aku cakap "aku benci kau" aku akan angguk, senyum, cakap terima kasih. Bukan sebab bajet nak tunjuk cool. Tapi at least aku tahu siapa yang benci aku & aku takkan usik dia & takkan aku burukkan dia. Aku diam. Aku tak ganggu kau, kau tak ganggu aku. Tenteram kan macam tu? Lagi senang macam tu. Dari kau susah susah nak burukkan dia, kau pun stress. Menyiksa diri.
Aku susah nak benci orang, kalau boleh aku nak elakkan dari ada sifat benci ni. Bukannya bagus ada sifat ni. Aku senang marah, tapi senang maafkan. Senang hati tersentuh, senang minta maaf. Mungkin luaran nampak sombong, tapi tahu ke apa yang dia lalui sepanjang dia hidup? Tak kan? Jadi, mulut tu diam. Nak kawan buat macam kawan, tak nak kawan, sudah lah, diam je mulut tu. Dia tak usik kau, jadi tak payah nak melampau sangat. Aku tahu siapa yang dekat luar tu cakap buruk pasal aku. Aku terima. Tak semua orang suka kita kan :)
Mungkin sampai sini je. Minta maaf kalau terasa atau apa. Tak maksudkan sesiapa, cuma ini dari pandangan diri sendiri. Kalau kau rasa ini untuk kau, aku cuma nak kata, aku tersangatlah hormat kau, sampai sekarang. Kalau kau rasa aku burukkan kau, sama sekali tidak. Jangan percaya apa orang kata. Kalau ada typo, faham kan jelah. Minta maaf sebab panjang & membosankan. Mungkin sebab dah lama tak luahkan macam ni. Kalau ada apa apa comment je dekat bawah tu, insyallah akan dijawab :) Kalau nak bagi idea untuk next post ke. Kalau ada nak luahan hati, aku terima dengan seadanya. Telan walaupun pahit. Lalui walaupun sakit. Terima kasih siapa yang baca dari atas ke bawah. Maafkan lah kalau bosan. Terima kasih sangat sangat.

Wednesday, 25 September 2013
Have faith in Him
Kita takkan dapat jangka apa yang bakal jadi. Hidup tak begitu senang. Ada kala kita dekat atas atau bawah. Mungkin aku baru berumur 14 tahun, takdalah berpengalaman mana. Aku ada masalah, masing masing ada masalah. Apa yang kita hadapi orang takkan dapat rasa. Kemampuan kita lain lain. Ayat yang aku selalu fikir atau ingat bila aku dalam masalah besar ialah "Allah takkan uji atau bagi dugaan dekat hamba dia lebih dari kemampuan dia. Jadi Allah bagi aku dugaan ni sebab aku boleh tempuh. Kau kuat" Mungkin ayat tu agak over. Tapi sedikit demi sedikit ayat tu buat aku bangun semula. Aku pun sebenarnya tak tahu apa aku cuba untuk sampaikan sekarang ni. Cuma ni luahan hati. Terimalah dan sambung baca kalau sudi, kalau rasa dah tak menarik nak baca, takapalah. Macam aku kata tadi, umur 14 tak semestinya aku takada masalah besar. Semua ada waktu derita dia. Aku nak ucap terima kasih sangat sangat dekat orang yang sentiasa support aku, ada dengan aku bila aku perlu. Apa yang kau rancang, tak semestinya akan berlaku. Kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Kalau kita rancang benda tapi tak berlaku juga, sabar. Mungkin Allah dah aturkan lebih baik untuk kita. Lebih baik dari apa yang kita rancang. Apa yang akan datang, bersedia. Apa yang dah lepas, belajar. Apa yang kau tengah hadapi sekarang, jangan sia sia kan, hargai setiap saat. Waktu kita tengah sedih, stress gila mesti bila kita dengar orang bagi nasihat kita akan kata "cakap senang ah!!" "kau tak faham apa aku rasa" yela. Memang orang tak faham. Tapi apa yang orang lain boleh buat ialah, sokong dan kuatkan kau. Itu je. Ni apa aku rasa. Aku pun pernah lalui saat saat macam ni. Aku sendiri pun pernah cakap macam tu. Kau cuma perlu tetapkan pendirian kau. Fikir positif. Jangan buat benda bodoh. Jangan berhenti berdoa kepada-Nya. Tak kira waktu tu kau susah ke senang. Jangan sombong. Allah tak suka dengan hamba dia yang sombong. Mintaklah apa pun dekat Allah. Sampai sini je kot. Kalau panjang lagi, naik menyampah pulak korang nak baca nanti. Ok... Salam Alaykum! Aku harap dengan post ni, dapatlah tolong orang ada semangat sikit. Sebab ni berdasarkan apa aku rasa, pengalaman aku. Terima kasih yang sudi baca post yang agak bosan ni.
Saturday, 14 September 2013
Susah?
Terpinggir. Aku yang tak faham orang atau orang yang tak faham aku? Susah sangat ke nak bersyukur dengan apa yang kau dapat? Aku yang teringin benda tu dari dulu tapi tak pernah merasa. Kau dapat semuanya, susah sangat nak bersyukur? Apa yang kau buat ialah merungut nak benda lain. Aku tak faham. Kau bersyukur lah orang sayang kau, orang tak burukkan kau pun. Payah ke wei? Susah ke nak ucap alhamdulillah? Susah?
Susah ke nak faham aku? Setiap kali aku cuba suaikan diri dengan orang lain. Last sekali aku yang terpinggir, diabaikan. Apa yang dengki sangat dengan aku? Bangga ke burukkan orang? Bangga dengan dosa ha? Tak suka cakap depan depan lah bruh. Apa barang main kutuk belakang. Cakap depan kan senang. Tunjuk sikit berani. Berani burukkan orang. Cuba berani bagitahu kau tak suka dia. Baru hebat centu.
Cukup bahagia & tenang ke diri kau bila dah hilangkan seseorang punya kebahagiaan? Suka? Aku tak faham. Manusia sekarang suka sangat terus percaya dengan apa yang orang kata. Kalau tanya pun, tanya dekat orang yang tak rapat dengan 'mangsa' tu pun. Cepat sangat kau judge orang bruh. Belum kenal/rapat lagi dah kata macam macam. Apa ceritaaaaa? Fitnah tersebar macam tu je. Dia dipandang rendah. Dia dihina tanpa dia tahu kenapa & mengapa? Pathetic. Isn't it? Kau tak buat salah tapi tetiba orang kata kau macam ni, macam tu. Takkan kau nak nangis kot? Nangis atas benda yang kau tak buat salah? Penat lah macam tu. Janganlah fikir perasaan kau. Fikir orang nak jaga kau je. Fikir orang dekat sekitar kau jugak.

Friday, 21 June 2013
"..Oh Allah"
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah.. Dugaan apakah yang sedang Engkau letakkan di atas bahuku ini.. Ya Allah.. aku merayu kepada Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang Maha Mengasihani Yang Maha Mengetahui. Kau temukanlah ke atas setiap persoalan yang terbuku di hati ku ini. Sesungguhnya aku sudah tidak mampu menggalas dugaan Mu. Ya Allah, Kau ampunilah dosa dosa ku. Kau permudahkanlah dan berkatilah perjalanan hidup ku. Baikilah tutur kataku, lisanku dan gerak lidahku supaya tidak mengaibkan orang lain. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Lembut. Peliharalah akhlakku dan adabku di mana sahaja supaya aku dapat memelihara diriku sebaik-baiknya. Pimpinlah aku untuk membentuk bunga-bunga akhlak yang harum tatkala orang lain memandang rendah dan membenci aku, Ya Allah.
Ya Allah,
Hatiku amat resah, gelisah dan meronta ronta kerana ujian kecil yang Engkau berikan ternyata umpama batu besar yang menimpa seluruh badanku. Tidak terdaya untuk aku menolak jauh batu besar itu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar. Dengarlah rintihan hatiku ini. Bantulah aku Ya Allah. Aku tidak terdaya untuk berhadapan dengan ujian jiwa yang berat ini. Berilah jalan keluar, tunjuklah pintu pintu penyelesaian yang terbaik buatku. Ya Allah, barangkali ujian ini Engkau limpahkan kepadaku kerana aku mulai renggang dengan Engkau, maafkan aku Ya Allah. Aku tidak mengerti apakah ujian Engkau kepadaku untuk kali ni. Sakitnya terasa higga ke lubuk hati. Ya Allah, bantulah aku, tolonglah aku. Tunjukkan pintu hidayah-Mu kepadaku supaya dapat keluar dari ujian yang berat ini.
Ya Allah, maafkan aku, ampunilah kesalahanku. Ya Allah.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Subscribe to:
Comments (Atom)