Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah.. Dugaan apakah yang sedang Engkau letakkan di atas bahuku ini.. Ya Allah.. aku merayu kepada Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang Maha Mengasihani Yang Maha Mengetahui. Kau temukanlah ke atas setiap persoalan yang terbuku di hati ku ini. Sesungguhnya aku sudah tidak mampu menggalas dugaan Mu. Ya Allah, Kau ampunilah dosa dosa ku. Kau permudahkanlah dan berkatilah perjalanan hidup ku. Baikilah tutur kataku, lisanku dan gerak lidahku supaya tidak mengaibkan orang lain. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Lembut. Peliharalah akhlakku dan adabku di mana sahaja supaya aku dapat memelihara diriku sebaik-baiknya. Pimpinlah aku untuk membentuk bunga-bunga akhlak yang harum tatkala orang lain memandang rendah dan membenci aku, Ya Allah.
Ya Allah,
Hatiku amat resah, gelisah dan meronta ronta kerana ujian kecil yang Engkau berikan ternyata umpama batu besar yang menimpa seluruh badanku. Tidak terdaya untuk aku menolak jauh batu besar itu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar. Dengarlah rintihan hatiku ini. Bantulah aku Ya Allah. Aku tidak terdaya untuk berhadapan dengan ujian jiwa yang berat ini. Berilah jalan keluar, tunjuklah pintu pintu penyelesaian yang terbaik buatku. Ya Allah, barangkali ujian ini Engkau limpahkan kepadaku kerana aku mulai renggang dengan Engkau, maafkan aku Ya Allah. Aku tidak mengerti apakah ujian Engkau kepadaku untuk kali ni. Sakitnya terasa higga ke lubuk hati. Ya Allah, bantulah aku, tolonglah aku. Tunjukkan pintu hidayah-Mu kepadaku supaya dapat keluar dari ujian yang berat ini.
Ya Allah, maafkan aku, ampunilah kesalahanku. Ya Allah.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
